fbpx

17 mangsa ribut di Bertam terima bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (tengah) bersama penerima sumbangan di Dewan Permatang Bertam, hari ini. Gambar oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seramai 17 mangsa kejadian ribut di Bertam, Kepala Batas di sini menerima bantuan kewangan untuk membaik pulih kerosakan kediaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,
bantuan itu disalurkan menerusi Tabung Bencana TYT dan pusat khidmatnya.

“Kerosakan rumah yang ditanggung penerima berbeza-beza, ada rumah yang bumbungnya tercabut terus dan ada juga rosak sederhana, namun kebanyakannya sudah dibaik pulih.

“Kita harap bantuan ini dapat meringankan beban mangsa yang terkesan akibat kejadian yang melanda Isnin lalu.

“Keadaan cuaca memang tidak menentu sejak kebelakangan ini dan saya minta penduduk mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bantuan di Dewan Permatang Bertam, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI