fbpx

Usul tangguh Parlimen, minta penjelasan Peguam Negara kes Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Fayhsal

PETALING JAYA – Satu usul dikemukakan seorang Ahli Parlimen untuk menangguhkan sidang Dewan Rakyat pada 11 September ini bagi mendapatkan penjelasan daripada Peguam Negara berhubung keputusan menarik balik 47 pertuduhan dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Usul itu dihantar Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat bertarikh 7 September.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, usul tersebut adalah mustahak yang mana ia mempunyai kepentingan ramai demi memelihara integriti Kerajaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang Malaysia.

“Saya telah menghantar usul tergempar pada pukul 8.30 pagi tadi supaya Dewan Rakyat yang bersidang pada 11 September ini tangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2).

“Ia bagi memberi laluan untuk rakyat dapatkan penjelasan daripada Peguam Negara berhubung keputusan menarik balik 47 pertuduhan mahkamah ke atas (Ahmad Zahid),” katanya dalam hantaran di Twitter, sebentar tadi.

Usul tersebut antara lain dibuat bagi mengetahui perincian dan asas keputusan yang diambil selain berkehendak disegerakan memandangkan ia melibatkan imej baik serta kredibiliti institusi Peguam Negara.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Mahkamah Tinggi memutuskan keputusan (DNAA) atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahmad Zahid.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI