fbpx

Remaja lari rumah dengan kekasih ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat.

JASIN – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 3 September lalu ditemukan selamat di Sungai Udang dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, remaja itu ditemui kira-kira pukul 1.30 petang di sebuah rumah lot dalam keadaan selamat.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin telah ke alamat lot 830, Batu 11, Kampung Paya Rumput Jaya di Sungai Udang.

“Orang hilang ditemukan dalam keadaan selamat dan telah dibawa semula ke IPD Jasin untuk siasatan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, kediaman lokasi penemuan merupakan rumah ibu saudara kepada teman lelaki remaja berkenaan.

“Keluarga remaja perempuan juga telah dimaklumkan dengan penemuan itu. Polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyalurkan maklumat sehingga orang hilang ditemui semula,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang remaja perempuan 14 tahun bertindak melarikan diri bersama teman lelakinya dipercayai untuk menenangkan diri.

Kehilangan remaja yang beralamat di Chin Chin di sini disedari ahli keluarga pada pukul 6 pagi.

Difahamkan, remaja yang masih bersekolah itu turut membawa beg, selain meninggalkan sekeping nota memaklumkan mahu keluar rumah untuk menenangkan diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI