fbpx

EPL: Tawaran ‘gila’ Al-Ittihad buru Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan Liverpool selepas mendapat tawaran lumayan daripada Al-Ittihad. - AFP

LONDON – Liverpool ditawarkan yuran perpindahan sehingga £215 juta (RM1.26 bilion) oleh Al-Ittihad untuk melepaskan Mohamed Salah.

Delegasi kelab dari Liga Arab Saudi berkenaan dilaporkan tiba di London sejak Sabtu lalu untuk membuat tawaran terakhir bagi memujuk Liverpool melepaskan tonggak utama mereka itu.

Sebelum ini, mereka telah mengemukakan tawaran sebanyak £150 juta (RM880.30 juta), tetapi ditolak sebelum tawaran terbaharu tersebut tiba dan sekiranya dipersetujui, ia bakal menjadi rekod perpindahan dunia.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa, pemain antarabangsa Mesir itu akan diberikan kontrak yang membolehkannya meraih pendapatan sehingga £2.45 juta (RM14.38 juta) untuk memujuknya meninggalkan Anfield selain beberapa insentif lumayan lain.

Sekiranya kontrak tersebut dipersetujui, Salah juga akan menerima bayaran peratusan jualan jersi pasukan, bonus £55,000 (RM322,000) bagi setiap kemenangan serta tawaran kontrak menjadi duta bagi tiga syarikat gergasi Arab Saudi yang membolehkannya meraih pendapatan tambahan berjumlah £18 juta (RM105.64 juta).

Liverpool dan pengurusnya, Jurgen Klopp sebelum ini secara jelas mengakui bahawa mereka tidak akan melepaskan khidmat Salah yang baharu sahaja menandatangani kontrak baharu pada musim panas tahun lalu membolehkannya menerima gaji mingguan sebanyak £350,000 (RM2.05 juta)

Pemain pertahanan Liverpool, Andy Robertson percaya bahawa rakan sepasukannya, Mohamed Salah akan terus kekal bersama pasukan itu dan tidak terganggu dengan tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI