fbpx

50 kematian akibat penyakit tibi direkodkan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (dua dari kiri) semasa merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 di MRSM Kuala Krai hari ini. -Foto ROSMIZAN RESDI

KUALA KRAI – Sebanyak 50 kes kematian akibat penyakit tibi direkodkan di Kelantan sepanjang tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, berdasarkan kepada laporan audit, pihaknya mendapati punca kematian akibat pesakit itu disebabkan oleh faktor kelewatan dalam pengesanan awal penyakit tersebut.

Menurutnya, faktor kelewatan dalam mengesan penyakit berkenaan sekali gus akan memberi kesan kepada rawatan terhadap pesakit.

“Terdapat juga kes kematian disebabkan pesakit mengalami masalah rawatan yang tidak sempurna seperti tidak dirawat sehingga selesai memandangkan rawatannya memerlukan tempoh masa yang panjang.

“Selain itu, kebanyakan pesakit tibi juga berdepan berisiko sekiranya mempunyai masalah kesihatan lain seperti diabetes, sakit jantung dan sakit buah pinggang,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2023 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, sepanjang tempoh enam bulan itu, sebanyak 666 kes dicatatkan pada kadar insiden 32.1 bagi setiap 100,000 penduduk.

Menurutnya, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 143 kematian daripada 1,074 kes dicatatkan pada kadar 52.7 bagi setiap 100,000 penduduk.

“43 peratus kes kematian tibi melibatkan golongan dewasa yang berusia 55 hingga 64 tahun.

“Golongan kanak-kanak juga ada dijangkiti tibi, namun jumlahnya sedikit iaitu kurang daripada 10 peratus,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zaini berkata, setakat ini, JKNK tidak menerima sebarang jangkitan kes wabak pertussis atau batuk kokol dikesan berlaku di negeri ini.

Katanya, meskipun tiada kes jangkitan direkodkan, pihaknya akan tetap memantau situasi semasa berkenaan penyakit tersebut.

“JKNK sentiasa mengadakan pemantauan jangkitan batuk kokol bagi mencegah berlakunya penularan wabak tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI