fbpx

Pemenang bertuah dapat jumpa pelumba Pink Racing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Afif (kiri) bersama isteri, Shahrimah bergambar bersama Mohd. Qhuwarismi (tengah) ketika memasuki paddock di Teluk Intan semalam.

TELUK INTAN – Sepasang suami isteri tidak menyangka terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah apabila menyertai konvoi Jajahan Riders Community Malaysia bagi memberi sokongan kepada Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT).

Mohd. Afif Mahfuz, 29, dan isterinya, Shahrimah Sharudin, 45, bersyukur apabila keputusan untuk menyokong TCPRT pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia semalam membolehkan mereka memasuki kawasan paddock.

Katanya, hadiah itu membo­lehkan mereka melihat dengan lebih dekat pasukan yang berlumba pada kejohanan pusingan keenam di Stadium Mini Teluk Intan itu.

“Tak sangka menang dan dapat akses masuk paddock kerana kami hanya ingin sertai konvoi saja untuk sokong Pink Racing. Masuk sini boleh kenal orang di belakang tabir pasukan dan pelumba.

“Kami bertemu pelumba Pink Racing, Mohd. Qhuwarismi Mohd. Nasir di paddock pasukan permotoran berkenaan,” kata­nya.

Terdahulu, pasangan itu me­rupakan sebahagian daripada 23 penunggang di bawah Jajahan Riders Community Malaysia dari Kuala Lumpur ke pasar raya Lotus Teluk Intan.

Wakil Pink Racing, Mohd. Azli Mohd. Azman turut menyerahkan baju-T eksklusif Kosmo! serta cenderamata kepada Presiden Jajahan Riders Community Malaysia, Muhammad Fairuz Jamidin atau dikenali sebagai Qoyut Dido.

Pengurus Pasukan Pink Ra­cing, Nur Atikah Azwar berkata, pihaknya menyediakan goodie bag yang mengandungi beberapa barangan bagi kegunaan peserta konvoi seperti topi kepada peserta konvoi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI