fbpx

KPKT salur peruntukan RM68 juta untuk Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (empat kanan) selepas bercakap pada sidang akhbar di Taman Perpaduan, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM68 juta untuk kerja-kerja pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di negeri ini.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, peruntukan terbesar setakat Ogos itu diberikan melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) kepada 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, antara projek pembangunan berskala besar yang dilaksanakan menerusi peruntukan tersebut termasuklah pembangunan semula pasar baharu.

“Setakat hari ini, kita telah meluluskan peruntukan terbesar dalam sejarah bagi 15 kawasan pentadbiran di bawah PBT di Perak.

“Peruntukan ini sebenarnya sangat banyak, ini menunjukkan betapa penting dan bertuahnya negeri ini kerana kita ada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang disayangi (Ahli Parlimen Tambun) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) yang dihormati (Ahli Parlimen Bagan Datuk).

“Bahkan, saya sebagai menteri KPKT akan beri perhatian khusus kepada negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja program Sentuhan Kasih KPKT ke Parlimen Tambun di sini hari ini.

Pada lawatan berkenaan juga, Kor Ming mengumumkan peruntukan sebanyak RM10.73 juta kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi menaik taraf, menyelenggara infrastruktur awam dan penggantian lif.

Mengulas lanjut beliau berkata, daripada RM10.73 juta yang diperuntukkan itu, hampir RM5 juta disalurkan bagi projek pembangunan dan naik taraf di Parlimen Tambun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI