fbpx

Liverpool tiada masalah atasi Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOMINIK Szoboszlai muncul pencetus kemenangan Liverpool apabila membuka jaringan perlawanan seawal minit ketiga. - AFP

LIVERPOOL – Sekalipun gagal menambah jaringan, Darwin Nunez sekali lagi cemerlang apabila dua kali jadi pencetus kepada jaringan Liverpool yang tewaskan Aston Villa 3-0 di Anfield, sebentar tadi.

Selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan awal, keputusan ini juga beri petanda positif apabila mampu menamatkan perlawanan tanpa bolos buat kali pertama.

Walaupun turun tanpa Virgil van Dijk, kualiti yang ada pada barisan tengah The Reds jadi tunjang utama hingga beri kesukaran buat Aston Villa untuk mengatur gerakan lebih baik.

Segalanya sempurna buat Liverpool yang hanya memerlukan tiga minit untuk berada di depan menerusi Dominik Szoboszlai dan kelebihan itu menjadikan The Reds pasukan lebih baik dengan mencipta beberapa lagi peluang terbaik.

Liverpool makin selesa apabila rembatan Nunez pada minit ke-21 yang terkena tiang melantun ke kaki Matty Cash untuk menghadiahkan gol kedua The Reds.

Selepas memperoleh dua gol, benteng pertahanan Liverpool masih lagi mencetus kegusaran namun bernasib baik kerana jentera serangan Aston Villa gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang.

Minit ke-49, Nunez sepatutnya mampu menghasilkan gol ketiga sebaliknya sentuhan akhirnya serong ke sisi gawang ketika penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martínez sudah pun tertewas.

Nunez seakan menebus kekecewaan itu apabila cipta bantuan kepada Mohamed Salah meledak gol ketiga tuan rumah.

Sekalipun Aston Villa mula meningkatkan kualiti permainan, ia seakan sukar memandangkan kelebihan tiga gol menjadikan The Reds makin bermotivasi untuk menamatkan perlawanan ini tanpa bolos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI