fbpx

Kerajaan Perpaduan bukan kerajaan kuku besi – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika ditemui pemberita pada Program Kita Madani Aspirasi Malaysia 2023 peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan tidak akan bersikap kuku besi terhadap organisasi media seperti yang pernah berlaku dalam pentadbiran-pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, beliau memberi jaminan kebebasan media dibawah Kerajaan Perpaduan akan tetap dipertahankan.

“Jaminan saya adalah kita tidak akan bersikap kuku besi seperti yang berlaku dalam pentadbiran-pentadbiran sebelum ini. Itu jaminan saya berikan kepada rakan-rakan media.

“Sepanjang saya berkhidmat sebagai Menteri KKD, tiada seorang pun wartawan ditahan pihak polis. Tidak ada satu akhbar pun yang telah ditutup seperti pernah berlaku sebelum ini. Sudah pasti ini adalah satu perkara yang kita akan pertahankan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Kita MADANI Aspirasi Malaysia 2023 peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan beberapa pihak terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyekat kandungan tertentu yang disiarkan oleh portal berita dan laman dalam talian mereka.

Terdahulu, Fahmi menjelaskan, beliau bersedia bertemu dengan semua pihak untuk meneliti setiap perkara yang dibangkitkan supaya mereka faham mengapa tindakan berlandaskan undang-undang itu dilakukan.

Menurutnya, beliau malah percaya MCMC secara proaktif menghubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk mwnyampaikan penjelasan tentang kenapa tindakan tersebut dilakukan.

“Sudah pasti tindakan ini jauh lebih baik daripada apa yang pernah dilalui oleh rakan-rakan media sebelum ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI