fbpx

AIM bukti perjuangan Anwar basmi kemiskinan – Dr. Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Wan Azizah ketika hadir Program Rewang Merdeka AIM Wilayah Johor di Padang Bola Sepak Kampung Pasir, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Kewujudan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menjadi bukti perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi dalam usaha membasmi kemiskinan.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, AIM sudah agak sebati dengan beliau sebagai permulaan usaha-usaha kebajikan yang dilakukan Anwar untuk rakyat.

Katanya, bukan sahaja mahu membasmi kemiskinan, Anwar juga sentiasa meletakkan pendidikan anak-anak sebagai keutamaan perjuangan beliau.

“Hari ini pun, Datuk Seri Anwar apabila menjadi Perdana Menteri, tetap meletakkan usaha menoktahkan kemisikinan ini sebagai fokus utama beliau.

“Dan saya percaya, hari ini beliau juga berbangga dengan berkembangnya AIM, bertambahnya jumlah sahabat yang kini berjumlah lebih 300,000 dan juga semakin ramai wanita-wanita yang berjaya keluar dari kepompong kemiskinan malah ada sebahagiannya yang berjaya menjadi usahawan berjaya.

“Bulan lepas, tidak sampai sebulan saya melancarkan program tuisyen untuk anak-anak sahabat AIM dan saya menyeru sahabat-sahabat yang ada di sini, supaya menggunakan manfaat ini dan hantarlah anak-anak untuk menghadiri tuisyen ini kerana ia dibuat khusus untuk anak-anak sahabat secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Rewang Merdeka AIM Wilayah Johor di Padang Bola Sepak Kampung Pasir, Johor Bahru hari ini.

Dr. Wan Azizah yang merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut mengucapkan tahniah kepada pengurusan AIM kerana berjaya dari semasa ke semasa merangka dan mengendalikan AIM tanpa keluar dari matlamat asal serta melakukan penambahbaikan program yang amat berguna untuk manfaat sahabat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI