fbpx

Peluang bergaya dengan baju-T Kapten Kosmo! di Teluk Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR ATIKAH (kiri) mengedarkan risalah mengenai penjualan barangan eksklusif Kosmo! kepada pengunjung di Cub Prix Malaysia baru-baru ini.

PETALING JAYA – Peminat sukan permotoran jangan lepaskan peluang untuk memiliki bara­ngan edisi eksklusif Kosmo! dan Pink Racing sempena Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Teluk Intan, Perak, hari ini.

Menariknya baju-T eksklusif Kapten Kosmo! Jiwa Kental akan dijual di situ pada harga RM45 selain beberapa barangan lain.

Sempena kejuaran tersebut, satu gerai jualan dibuka bermula 2 hingga 3 September yang menampilkan pelbagai koleksi produk eksklusif Kosmo! di bawah Media Mulia Sdn. Bhd. selaku penaja kepada pasukan Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT).

Anda boleh mendapatkan barangan lain seperti baju-T Pink Racing pada harga RM89, headbuff Rider Helmet Pink (RM30) serta payung Kosmo! bersaiz 24 inci yang dijual pada harga RM30.

Selain itu, pengunjung juga layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hanya membuat pembelian set kombo Kosmo! dan Pink Racing yang berharga RM130.

Lebih menarik, gerai jualan Kosmo! – Pink Racing turut dibuka di Litar Permotoran Terengganu pada 22 dan 23 September, Litar Lumba Tangkak pada 21 dan 22 Oktober serta Batu Kawan pada 25 dan 26 November.

Dalam pada itu, Pengurus Pasukan Pink Ra­cing, Nur Atikah Azwar berkata, peminat terawal yang menyertai konvoi akan diberikan baju-T Kosmo! secara percuma.

Bukan itu sahaja, peminat tersebut juga menerima peluang untuk menyertai konvoi ke lokasi perlumbaan pada Sabtu dan Ahad ini.

“Semalam, Peminat Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT) menyertai konvoi bermotosikal Kosmo!-Pink Ra­cing sebagai tanda sokongan terhadap pasukan Pink Racing untuk saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

“Kesemua peserta merupakan peminat sukan permotoran di sekitar Teluk Intan, Perak,” katanya,

Mereka yang berminat untuk mendapatkan barangan eksklusif Kosmo!-Pink Racing boleh membuat pembelian melalui https://mediamulia.onpay.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI