fbpx

Misteri itik hilang akhirnya terjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota kecemasan menangkap ular sawa itu di dalam reban itik. - KhaoSod

BANGKOK, Thailand – Seorang lelaki di Thailand akhirnya mengetahui punca kehilangan itik peliharaannya selepas dia menemui seekor ular sawa sepanjang 3 meter di dalam reban ternakan tersebut.

Laman berita Thaiger melaporkan, Somsak Metta menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas menemui ular sawa itu di kawasan rumahnya di wilayah Prachin Buri.

Dia pada awalnya menyangka itik peliharaannya dicuri kerana dua ekor itik itu hilang pada sesuatu masa. 

Bagaimanapun, tanggapannya berubah apabila dia menemui ular sawa itu di dalam reban yang menempatkan 10 ekor itiknya. Reptilia itu juga tidak dapat bergerak kerana kekenyangan.

Menurut Somsak, dia memelihara itik untuk mendapatkan telurnya. Dia terkejut apabila menemui ular sawa itu di dalam reban yang sudah diubai suai supaya lebih selamat. 

Anggota penyelamat berjaya menangkap ular sawa itu dan akan melepaskannya semula ke habitat liar. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI