fbpx

Kerja-kerja persediaan awal tambak laut bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) untuk projek ‘Silicon Island’ bagi projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI) telah memperoleh kelulusan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang pada 21 Julai lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia adalah susulan daripada kelulusan Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek PSI yang telah diberi kelulusan dengan 71 syarat oleh JAS pusat melalui surat bertarikh 11 April lalu.

“Dengan ini, bagi pihak kerajaan negeri, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada JAS Pulau Pinang atas penilaian teliti yang telah diberikan dalam menilai serta meluluskan EMP berkaitan.

“Keputusan tersebut adalah hasil kerjasama dan usaha bersama untuk memastikan bahawa pembangunan ‘Silicon Island’ mematuhi piawai alam sekitar dan keselamatan komuniti setempat, terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan pandangan dalam merangka EMP ini,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kon Yeow mengumumkan rancangan projek PSI kini dikurangkan daripada tiga pulau kepada hanya satu pulau sahaja iaitu pengurangan dari 1,821 hektar (4500 ekar) tambakan laut kepada hanya 930 hektar (2,300 ekar).

Keputusan itu selari dengan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini meminta kerajaan negeri mengkaji semula dan memperkecilkan skop tambakan laut bagi projek tersebut.

Menurut Kon Yeow, dengan kelulusan daripada agensi-agensi terlibat, kerja-kerja persediaan awal tambakan bagi projek akan dimulakan hari ini dan diteruskan sehingga kerja-kerja berkaitan disiapkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI