fbpx

CAP, SAM rayu kerajaan tidak teruskan projek PSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran grafik projek PSI yang bakal dibangunkan di Pulau Pinang nanti.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Pulau Pinang agar tidak meneruskan projek tambak laut Pulau Pinang Selatan (PSI).

Menurut Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader pihaknya dan SAM amat amat kesal dengan pendedahan kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa kerja-kerja projek itu akan bermula pada hari ini selepas Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) untuk projek itu diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Julai lalu.

“Kami ingin tahu sama ada kerajaan negeri telah mendapat kebenaran merancang untuk memulakan projek di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, ini adalah keperluan undang-undang yang perlu dipatuhi.

“Selain daripada isu undang-undang, kami amat kecewa kerana Kerajaan Perpaduan bertekad untuk meneruskan projek tersebut walaupun terdapat kebimbangan dan bantahan yang dibangkitkan oleh nelayan termasuk Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PenMutiara), Persatuan Nelayan Kawasan Selatan Pulau Pinang (PNKSPP) dan semua unit nelayan di sini,” katanya di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hari ini memaklumkan bahawa EMP untuk projek ‘Silicon Island’ bagi projek PSI telah memperoleh kelulusan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang pada 21 Julai lalu dan kerja-kerja persediaan awal tambakan bagi projek itu akan dimulakan hari ini.

Mohideen berkata, nelayan telah mencabar kelulusan laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan projek ini tetapi tiada tarikh pendengaran ditetapkan setakat ini oleh Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI