fbpx

‘Bangunlah dik, lama dah kau koma’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azirah memberikan rawatan kepada Amer yang koma akibat penyakit kuman dalam otak ketika ditemui di Teluk Kumbar baru-baru ini.

BALIK PULAU – Menjaga orang sakit menuntut kesabaran tinggi dan itulah pengorbanan dilakukan seorang wanita hingga dia terpaksa berhenti berniaga untuk memberi tumpuan kepada adiknya yang koma sejak setahun lalu.

Azirah Idris, 41, berkata, adiknya, Azmer, 33, terlantar selepas menghidap penyakit jangkitan kuman pada otak.

Katanya, adik bongsunya memerlukan penjagaan dan pemantauan rapi dan hanya bergantung kepada susu formula bagi memastikan keadaannya sentiasa dalam keadaan baik.

“Saya berhenti jadi peniaga setahun lalu apabila adik mula koma. Ibu bapa kami sudah tua dan tak larat untuk menjaganya.

“Kami sangat berharap adik yang selama ini menceriakan kami sekeluarga dapat bangun kembali dan menjadi penghibur ayah dan ibu seperti sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Teluk Kumbar di sini baru-baru ini.

Menurut Azirah, selepas tiada pendapatan, dia berdepan de­ngan masalah kewangan serius memandangkan kos perubatan adiknya mencecah RM2,500 se­bulan termasuk membeli susu dan beberapa kelengkapan lain.

Tambahnya, harga satu tin susu khas sekitar RM92 dan adiknya memerlukan 15 bekas sebulan untuk memenuhi keperluan nutriennya.

“Selain itu, adik juga perlu pakai lampin pakai buang dan gel bagi merawat luka. Saya ber­syukur apabila mendapat bantuan Lembaga Zakat Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Ujar Azirah, sebelum koma, adiknya sering mengalami masalah pening kepala dan kerap demam.

“Selepas dia terjatuh pada tahun lalu, dia terus koma dan ha­nya terbaring. Pakar perubatan mengesahkan dia mengalami masalah jangkitan kuman dalam otak,” katanya.

Azirah menambah, sejak itu menjadi rutin hariannya untuk bersama Azmer bagi memastikan adiknya dalam keadaan baik termasuk tidak panas dan kahaknya disedut bagi membe­rinya keselesaan.

Orang ramai yang ingin membantu Aziah meringankan beban boleh menghubunginya di talian 012-434 1769 atau menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 157296035511 milik wanita itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI