fbpx

Malaysia tidak iktiraf tuntutan China di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia menegaskan untuk tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam ‘Peta Standard China Edisi 2023’ yang meliputi kawasan maritim Malaysia.

Kementerian Luar berkata, Malaysia berpandangan bahawa isu Laut China Selatan merupakan sesuatu yang kompleks dan sensitif.

“Isu itu perlu dikendalikan secara aman dan rasional melalui dialog dan rundingan berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982).

“Malaysia komited untuk terus bekerjasama bagi memastikan semua pihak melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak–pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea – DOC) secara menyeluruh dan efektif,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurut kenyataan itu, Malaysia juga komited terhadap proses rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (Code of Conduct in the South China Sea – COC) yang efektif dan substantif terhadap sasaran untuk memuktamadkan COC seawal mungkin.

“Peta tersebut antara lain menunjukkan tuntutan maritim sepihak (unilateral act) China yang melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.

“Seperti ditegaskan kerajaan berhubung isu Laut China Selatan sebelum ini termasuk berkaitan persempadanan maritim, Malaysia secara konsisten menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa mana-mana pihak asing ke atas fitur maritim atau kawasan maritim negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI