fbpx

Harap ada laluan khas pengundi pulang dari Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIZAN berharap pengundi Parlimen Pulai yang bekerja di Singapura pulang mengundi pada 9 September ini.

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berharap Jabatan Imigresen akan menyediakan laluan khas di Tambak Johor dan LinKedua, pada 9 September ini.

Suhaizan berkata, perkara itu penting kerana seramai kira-kira 30 peratus daripada 167,108 pengundi Parlimen Pulai bekerja di Singapura.

Menurut beliau, laluan khas berkenaan akan dapat membantu pengundi Parlimen Pulai pulang bagi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

“Memang kita ada beri cadangan kepada pihak kerajaan untuk memudahkan pergerakan pengundi pulang, dan kita akan buat susulan mengenai hasrat itu.

“Dalam masa sama, kita juga khuatir kerana hari mengundi itu bukan hari cuti, sebaliknya adalah hari bekerja bagi ramai rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu. Jadi sedikit bimbang mereka tidak pulang mengundi atau tidak sempat,” katanya kepada pemberita.

Tambah Suhaizan, pihaknya juga berkempen menggunakan platform media sosial untuk mendekati pengundi Pulai yang tidak menetap di kawasan berkenaan, termasuk yang bekerja di Singapura.

“Kita cuba gunakan media sosial sebaiknya untuk mengajak mereka supaya balik ke Parlimen Pulai untuk mengundi pada 9 September nanti.

“Ada beberapa kategori sebenarnya, yang pertama rakyat di Parlimen ini yang bekerja di Singapura dan menetap di sana dalam tempoh mingguan. Jadi kami guna media sosial untuk pujuk mereka supaya pulang mengundi.

“Kategori kedua mereka tinggal di Johor Bahru, tetapi berulang alik bekerja ke Singapura, kita akan jayakan beberapa program yang berbentuk mega untuk merayu mereka turun mengundi.

“Manakala kategori ketiga, mereka yang tinggal di sini, tetapi kita khuatir pada hari itu mereka bekerja kerana pada hari itu hari Sabtu jadi mereka tidak sempat untuk mengundi. Jadi kita minta mereka dapat luangkan masa untuk mengundi, ambil cuti satu hari untuk negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI