fbpx

Curi-curi petik buah, baju pula tersangkut di pagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budak lelaki itu meraung ketika dia tersangut pada pagar ketika melompat. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang budak lelaki tersangkut di pagar ketika memetik buah di rumah orang lain, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @jakut.info, manakala kejadian itu dikatakan berlaku di Jakarta Barat. 

“Ketika memetik buah di atas pokok, seorang budak tersangkut di pagar ketika hendak turun,” demikian menurut kapsyen video tersebut.

Kejadian itu bermula apabila dua budak lelaki ditegur seorang lelaki dewasa ketika mereka sedang memanjat pagar sebuah rumah untuk mengambil buah.

Seorang lagi budak lelaki yang juga cuba memanjat pagar itu dihalang lelaki tersebut. 

Selepas membaling buah ke atas tanah, salah seorang daripada mereka yang berada di atas pagar melompat ke bawah untuk melarikan diri.

Namun, ketika seorang lagi cuba melompat, bajunya tersangkut di pagar. Dia kemudian menangis meminta tolong sebelum diselamatkan penduduk setempat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI