fbpx

Nahas Elmina: : Rakaman 30 minit sebelum terhempas berjaya diperoleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Kotak perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu berjaya diperoleh selepas komponen berkenaan dibuka dan dianalisis di sebuah makmal di Florida, Amerika Syarikat, semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, secara keseluruhan rakaman suara daripada CVR tersebut adalah jelas terutama membabitkan 30 minit terakhir sebelum nahas berlaku.

“Data tersebut telah berjaya dimuat turun semalam di sebuah makmal di Florida (terutama) rakaman suara dalam pesawat pada 30 minit terakhir.

“Rakaman itu sudah dihantar melalui ‘safe emails’ semalam selepas ia diperolehi, namun pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) masih belum pulang dan berada di Amerika Syarikat susulan berlakunya ribut

“Rakaman itu sudah dihantar kepada pasukan siasatan di Kuala Lumpur untuk dianalisa bagi membolehkan siasatan dijalankan. Laporan awal akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari selepas insiden berlaku iaitu kira-kira dua minggu dari sekarang,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 24 Ogos, media melaporkan pasukan BSKU dijadual memasuki makmal di Florida, Isnin ini bagi membuka dan menganalisis komponen kotak perakam suara kokpit (CVR) milik jet eksekutif yang terhempas di Elmina, Shah Alam, minggu lalu.

Anthony Loke berkata, pasukan itu dijadual berlepas ke Amerika Syarikat (AS) pukul 7 petang bagi membawa CVR itu ke makmal pengilang peralatan asal (OEM) yang berada di Florida. – KOSM0 ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI