fbpx

Seorang mangsa bot karam Teluk Batik meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi insiden lemas di Pantai Teluk Batik, Lumut semalam.

LUMUT – Seorang daripada dua mangsa lemas dalam kejadian bot karam di Teluk Batik semalam, meninggal dunia awal pagi tadi.

Nurulafiqah Abdullah Sani, 34, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.58 pagi di Hospital Seri Manjung (HSM).

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata, suami mangsa, Mohammad Hafiz Johari, ketika berada di HSM telah dimaklumkan oleh doktor yang bertugas bahawa isterinya telah disahkan meninggal dunia.

“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan sembilan individu termasuk tujuh pelancong warga tempatan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Pantai Teluk Batik di sini pagi semalam.

Dua daripada mereka didapati lemas dan telah dibawa naik ke darat oleh orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI