fbpx

EPL: Sentuhan penyudah cemerlang Nunez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ yang dimasukkan sebagai pemain gantian berjaya meledak dua gol untuk membantu Liverpool menewaskan Newcastle kelmarin. - AFP

NEWCASTLE – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez seolah-olah melepaskan geram ketika membantu pasukan itu bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. James Park malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, The Reds yang beraksi sebagai pasukan pelawat ketinggalan 0-1 sehingga minit ke-80 selain beraksi dengan 10 pemain selepas kapten, Virgil Van Dijk dilayangkan kad merah di separuh masa pertama.

Kemudian, Nunez yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-77 menjadi wira Liverpool apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh 12 minit, sekali gus memadam gol awal Newcastle hasil jaringan Anthony Gordon.

“Saya fikir dia memendam rasa kerana tidak selalu bermain selain sering memanaskan bangku simpanan. Dia gunakan segala rasa geram itu bagi melakukan dua jaringan yang membantu pasukan catat kemenangan.

“Pujian wajar diberikan kepada Nunez kerana dia menunjukkan aksi cukup matang selepas masuk sebagai pemain gantian. Bagi saya, dia juga melakukan dua jaringan yang cukup baik,” kata Klopp.

Walaupun bermula agak goyah musim ini, namun pengendali dari Jerman itu menganggap saingan masih awal dan mereka sedang mencari ramuan terbaik bagi memastikan Liverpool dapat menampilkan aksi konsisten.

“Kita masih berada di awal musim, jadi kami perlu kestabilan pasukan. Kami perlu mencari formasi terbaik yang sentiasa menjanjikan tiga mata selain dapat beri peluang kepada semua pemain beraksi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI