fbpx

Ramai jemaah haji keliru caj roaming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERDAPAT jemaah haji mengeluh apabila perlu membayar caj tambahan sekitar RM85 berbanding harga awal untuk data roaming iaitu RM98. – GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima sebanyak sembilan aduan berkenaan caj perayauan antarabangsa melibatkan jemaah haji antara 2019 hingga 2023.

Menurut Komunikasi Korporat MCMC, terdapat pelbagai pakej perkhidmatan perayauan antarabangsa disediakan syarikat telekomunikasi bagi memudahkan pengguna berkomunikasi ketika berada di luar negara dengan caj berpatutan.

“Bagaimanapun, tanpa kaedah langganan betul, perkhidmatan itu boleh menyebabkan caj tinggi serta kejutan bil (bill shock) kepada pengguna.

“Sekiranya pengguna mendapati terdapat caj tidak munasabah, mereka dinasihati menghubungi syarikat telekomunikasi masing-masing terlebih dahulu untuk mengemukakan aduan dan rundingan lanjut.

“Mereka perlu kemukakan aduan secara jelas dan terpe­rinci bersama bukti atau dokumen yang relevan jika ada. Sekiranya aduan yang dikemukakan kepada syarikat telekomunikasi dirasakan tidak diselesaikan sewajarnya, pengguna boleh memanjangkan aduan tersebut kepada Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia (CFM),” jelasnya.

Katanya, CFM ialah sebuah badan yang diiktiraf dan bertanggungjawab untuk mengendali rayuan aduan pengguna terhadap syarikat telekomunikasi.

Terdahulu, segelintir jemaah yang pulang ke tanah air selepas menunaikan haji baru-baru ini melahirkan perasaan terkilan ekoran keliru dengan pakej data ‘roaming’ ditawarkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Keadaan itu berikutan jemaah haji menyifatkan berasa seakan ditipu penyedia perkhidmatan telekomunikasi selepas perlu membayar caj tambahan di mana kadar itu tidak dinyatakan ketika pembelian data dibuat.

Seorang jemaah haji yang enggan dikenali berkata, dia perlu membayar caj tambahan sekitar RM85 berbanding harga awal yang ditetapkan untuk data roaming iaitu sekitar RM98.

“Ramai mengadu tentang masalah ini dan tidak puas hati dengan caj tambahan perlu dibayar, tetapi mereka memilih untuk diam dan membayar sahaja bil berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

“Sepatutnya, penyedia per­khidmatan perlu jelaskan secara terperinci kepada pengguna tentang pakej ditawarkan agar urus niaga dijalankan tidak mengan­dungi unsur kekeliruan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya, urus niaga mengelirukan pengguna juga boleh dianggap sebagai gharar dalam Islam kerana mereka yang bersetuju melanggan perkhidmatan berasa ditipu peniaga. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI