fbpx

Pesanan Khairul Aming, motivasi terbaik buat anak muda – MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Aming telah dinobatkan sebagai ‘Creator of The Year’ oleh Tiktok Malaysia, semalam.

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan pesanan pempengaruh, Khairul Aming kepada pencipta kandungan muda di TikTok Awards Malaysia 2023, semalam, adalah motivasi serta teladan terbaik buat anak muda.

Beliau menerusi laman Twitternya turut mengucapkan kepada pempengaruh berkenaan atas kemenangan yang diperoleh semalam.

“Tahniah diucapkan buat saudara Khairul Aming yang telah dinobatkan sebagai ‘Creator of The Year’ oleh Tiktok Malaysia.

“Saya meneliti ucapan penghargaan beliau semalam dan memuji pesanan saudara Khairul Amin Kamarulzaman buat pencipta kandungan muda yang menekankan bahawa pencipta kandungan juga perlu mempunyai adab dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah.

“Teladan dan nasihat saudara Khairul adalah motivasi terbaik buat anak-anak muda khususnya di negeri Selangor,”ciapnya.

Menurut beliau, kesopanan, adab serta pendidikan adalah nadi untuk membangun masyarakat yang berbudi pekerti.

“Di bawah Tawaran Kita Selangor, Kerajaan Perpaduan turut akan melaksanakan Geran Kreatif Digital Kita Selangor bertujuan untuk merancakkan aktiviti dan kreativiti kandungan digital di kalangan anak-anak muda.

“Insya-Allah kita berharap agar lebih ramai anak muda akan mengikuti jejak langkah saudara Khairul Aming dalam menjadi pempengaruh dan pencipta kandungan yang bertanggungjawab,”tulisnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI