fbpx

Ligue 1: Usaha Mbappe tambat hati penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE meledak dua gol ketika membantu PSG mencatat kemenangan 3-1 ke atas Lens pada aksi Ligue 1 di Parc des Princes awal pagi semalam. - AFP

PARIS – Kylian Mbappe mendominasi sepenuhnya aksi pertamanya di laman sendiri musim ini bersama Paris Saint-Germain (PSG) dengan meledak dua gol menewaskan Lens 3-1 dalam saingan Ligue 1 awal pagi semalam.

Mbappe dilihat begitu bersemangat untuk menambat hati penyokong Les Parisiens ketika turun semula buat kali pertama di Parc des Princes sejak kontroversi dia enggan melanjutkan kontraknya baru-baru ini.

Kecemerlangan itu membolehkan PSG mencatat kemenangan pertama Ligue 1 musim ini selepas terdahulu seri tanpa jaringan dengan Lorient sebelum diikat 1-1 oleh Toulouse.

Jurulatih PSG, Luis Enrique gembira melihat reaksi para pemainnya yang kembali menunjukkan prestasi pada tahap sebenar selepas permulaan hambar dua minggu berturut-turut.

“Saya gemar melihat apa yang berlaku malam ini (awal pagi semalam) kerana kadang-kadang banyak kejutan dalam bola sepak.

“Mereka adalah pemain bertahap Liga Juara-Juara. Mereka buktikan dengan mencipta banyak peluang dan menjaringkan tiga gol ke atas pasukan yang bertahan cukup baik,” katanya.

PSG terpaksa menunggu sehingga penghujung separuh masa pertama untuk membuka tirai jaringan menerusi Marco Asensio pada minit ke-44.

Mbappe kemudiannya memastikan tiga mata milik PSG dengan dua gol pada minit ke-52 dan 90 sebelum Morgan Guilavogui meledak jaringan sagu hati Lens di penghujung perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN