fbpx

Kerajaan negeri pantau fenomena air pasang merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri akan mendapatkan maklumat mengenai fenomena air pasang merah yang didakwa berlaku di perairan Teluk Bahang dan Sungai Pinang, Balik Pulau di sini yang menimbulkan kebimbangan nelayan di kawasan itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkenaan daripada Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar serta memantau fenomena berkenaan.

”Kejadian berpunca daripada red waves (air pasang merah), ini memang satu gejala yang berlaku dari semasa ke semasa, saya dimaklumkan ada kejadian ini.

”Kita akan dapat maklumat daripada Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar, kita akan pantau kejadian ini,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan nelayan-nelayan di sekitar kawasan Teluk Bahang sehingga ke Sungai Pinang di Balik Pulau meluahkan kebimbangan dengan fenomena yang didakwa berlalu sejak dua hari lalu.

Nelayan setempat mendakwa air pasang merah itu yang mengakibatkan ikan serta hidupan laut mati berlaku bermula kira-kira 1 kilometer iaitu di kawasan Muka Head sehingga ke kawasan pesisir pantai di sekitar Teluk Bahang, di sini.  –

Sampel hidup laut yang mati dipercayai akibat fenomena air pasang merah.

KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI