fbpx

Hasrat JDT julang kejuaraan Liga Super tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG JDT, Arif Aiman Hanapi dikepung tiga pemain KDA FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin. – SHAHIR NOORDIN

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menganggap kejayaan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menghentikan rekod kemenangan 100 peratus mereka musim ini sebagai pengajaran berguna kepada anak-anak buahnya menjelang kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Menurut ketua jurulatih dari Argentina itu, keputusan tersebut juga akan menjadikan anak-anak buahnya lebih merendah diri serta­ menyedari mengenai tugasan perlu dilakukan bagi membuat persediaan untuk membuka tirai perlawanan di peringkat Asia.

Dari sudut positif katanya, seluruh pasukan kini sedar bahawa masih banyak perkara perlu ditambah baik dalam pasukan itu jika mereka benar-benar mahu bersaing dalam kejohanan tersebut.

“Pertamanya kami tidak ma­suk pada perlawanan ini de­ngan cara betul terutamanya dari sudut persediaan mental.

“Kami tak bermula seperti yang sepatutnya dan anda dapat melihat bagaimana kami agak sukar melawan serta gagal mempamerkan karakter sebenar.

“Kami seakan terlalu mem­biarkan mereka melakukan ba­nyak perkara pada separuh masa pertama tetapi saya berbangga dengan cara pemain memberi reaksi untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol,” katanya selepas perlawanan di Alor Setar kelmarin.

Pada aksi itu, Sang Kenari mengejutkan pasukan pelawat apabila terlebih dahulu memim­pin perlawanan menerusi dua gol hasil Ifedayo Olusegun serta ­Manuel Ott pada minit ke-35 dan 50.

JDT kemudiannya bangkit dengan tiga gol pada minit ke-51, 55 dan 73 menerusi Corbin Ong, Heberty Fernandes serta Arif Aiman, namun hasrat untuk mencatat kemenangan terbantut apabila pemain gantian KDA FC dari Tajikistan, Amirbek Juraboev menyamakan kedudukan pada minit terakhir perlawanan.

Solari menambah, beliau tidak kecewa dengan keputusan tersebut yang menangguhkan pesta ‘JDT’ untuk mengesahkan kejua­raan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

“Tiada kekecewaan langsung dan apa lagi yang boleh saya katakan kepada para pemain setelah mereka memberikan 20 kemenangan berturut-turut dalam liga sejak saya di sini? Saya tidak tahu berapa banyak lagi kemenangan mereka akan berikan selepas ini.

“Saya tahu untuk Kedah, keputusan seri ini adalah kemenangan besar buat mereka tetapi bagi kami, ini bukanlah apa-apa melainkan satu proses pembelajaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI