fbpx

EPL: Raheem Sterling kembali kecapi prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STERLING membuktikan sentuhannya masih berbisa selepas meledak dua gol ketika Chelsea menewaskan Luton 3-0 awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Penggempur sensasi Chelsea, Raheem Sterling mendedahkan bahawa dia bersedia untuk mengembalikan reputasi dan prestasi terbaiknya selepas membantu pasukan itu menewaskan Luton Town 3-0 awal pagi semalam.

Pemain antarabangsa England itu meledak dua gol ketika membantu skuad kendalian Mauricio Pochettino itu meraih kemenangan pertama musim ini menewaskan pasukan yang baharu dipromosi ke Liga Perdana Inggeris.

“Saya mahu mengembalikan keterujaan saya terhadap bola sepak. Sepanjang 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu hanya memikirkan mengenai bola sepak, tiada yang lain. Fokus mengenai persembahan, gol dan umpanan jaringan.

“Ada sedikit kekecewaan sepanjang musim lalu secara peribadi. Saya gagal untuk berada di dalam kotak penalti bagi menyudahkan peluang,” katanya.

Musim baharu kali ini menyaksikan Sterling berada dalam senarai penggempur Chelsea bersama pemain yang dibeli dari Villarreal, Nicolas Jackson yang turut membuka akaun gol bersama The Blues pada aksi menentang Luton itu.

Sterling memberikan kredit kepada Pochettino dengan persembahan cemerlang dipamerkan kerana memberi kepercayaan dan menerima beberapa idea mengenai posisi yang dia perlu diletakkan.

“Saya ada berbincang bersama pengurus awal minggu ini mengenai peranan yang saya boleh mainkan dengan lebih berkesan. Saya tahun apa yang beliau inginkan daripada saya,” jelasnya.

Sterling hanya berjaya menjaringkan sembilan gol dalam semua pertandingan buat Chelsea musim lalu ketika mereka menamatkan saingan EPL di kedudukan ke-12. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.