fbpx

EPL: Manchester City ‘berpeluh’ atasi Sheffield United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Manchester City, Erling Haaland meraikan jaringan yang dilakukan bersama seorang peminat sebentar tadi. Foto Twitter Goal

LONDON – Juara bertahan, Manchester City mengesahkan status selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas merekodkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas pendatang baharu, Sheffield United sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Bramall Lane itu, skuad The Citizens kendalian Pep Guardiola membariskan kesebelasan terbaik dengan penyerang sensasi, Erling Haaland, Julian Alvarez dan Jack Grealish diletakkan dalam kesebelasan utama.

City berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-20 menerusi pemain pertahanan, Nathan Ake tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

Peluang pasukan pelawat untuk meraih jaringan pertama akhirnya tiba selepas dihadiakan sepakan penalti pada minit ke-35 apabila rembatan Alvarez terkena tangan pertahanan lawanan.

Bagaimanapun, Haaland gagal menyempurnakan rembatan tersebut dengan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, City menggandakan asakan dan Haaland menebus kekecewaannya dengan meledak gol pembukaan pada minit ke-63.

Namun, Sheffield berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang utama pasukan, Jayden Bogle yang bijak menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-85.

Kegembiraan pasukan tuan rumah untuk mencuri satu mata tidak kesampaian selepas pemain tengah City, Rodri meledak gol kemenangan berselang dua minit kemudian dan kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI