fbpx

Wanita cuci motosikal guna air laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu menyental motosikalnya selepas ia dibilas menggunakan air laut. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mencuci motosikalnya menggunakan air laut di tepi pantai, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @jakarta.keras. 

Seorang wanita berbaju hitam corak polkadot dirakam meletakkan sebuah motosikal jenama Yamaha Mio di tepi pantai. 

Dia kemudian menggunakan balang untuk menyimbah air laut pada motosikal itu sebelum menyentalnya menggunakan berus.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Mereka mempertikai tindakan wanita itu kerana khuatir motosikalnya akan berkarat.

“Tak berkarat ke kalau cuci guna air laut,” komen seorang netizen.

“Biarkan sahaja, yang penting bersih,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`