fbpx

PRK: Parlimen Pulai saksikan pertandingan tiga penjuru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai menyaksikan persaingan tiga penjuru selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi, hari ini.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Pulai, Miswan Yunus mengesahkan perkara itu dalam satu pengumuman yang dibuat di pekarangan Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Pulai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.

Menurut beliau, tiga calon yang bertanding secara rasmi dalam PRK itu adalah Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Suhaizan Kayat mewakili Kerajaan Perpaduan.

“Dua lagi calon adalah dari Perikatan Nasional (PN), Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulai, Zulkifli Jaafar serta seorang calon bebas, Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi.

“Setelah memeriksa, Suhaizan menghantar kertas penamaan pada pukul 9.02 pagi, kedua Zulkifli menghantar kertas penamaan pada pukul 9.04 pagi, manakala ketiga Samsudin pada pukul 9.08 pagi.

“Setelah disemak, saya puas hati dan umumkan tiada yang ditolak kertas penamaannya,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pula pada 9 September.

PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Parlimen Pulai menyaksikan seramai 167,108 individu layak mengundi dengan pecahan seramai 74,814 pengundi Melayu iaitu 44.17 peratus; Cina seramai 67,635 pengundi (40.48 peratus); India seramai 20,555 pengundi (12.30 peratus) serta lain-lain kaum seramai 5,104 (3.05 peratus).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI