fbpx

Lelaki dakwa dicabul ketika hantar pesanan makanan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAPAH- Seorang penghantar makanan melalui detik hitam selepas mendakwa dicabul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di kawasan Sungkai di sini, kelmarin.

Kejadian membabitkan mangsa berusia 34 tahun itu berlaku ketika lelaki terbabit menghantar pesanan makanan di rumah suspek.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd. Naim Asnawi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian dibuat mangsa pada pukul 9.30 malam hari sama.

Katanya, mangsa mendakwa telah dicabul dengan cara suspek memegang kemaluan dan mencium pipi.

“Siasatan lanjut yang dijalankan telah membawa tangkapan ke atas suspek pada hari sama sekitar pukul 10.30 malam.

“Suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis pada pukul 1 pagi (semalam) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI