fbpx

[VIDEO] Kena ‘block’, Nabila Huda tak kenal siapa Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Nabila Huda memberi kenyataan berbaur sinikal tentang hubungan persahabatannya dengan Nad Zainal yang dikatakan kini renggang disebabkan suatu alasan yang tidak dapat dipastikan.

KUALA LUMPUR – “Siapa dia? Pelakon ke?”

Itu respons mengejutkan yang terbit daripada bibir aktres Nabila Huda apabila ditanya mengenai dakwaan hubungan persahabatan dengan pelakon, Nad Zainal renggang.

Menurut Nabila, 38, dia tidak mengenali individu bernama Nad Zainal walaupun pernah menjadi kawan rapat sebelum ini.

“Dia pelakon ke? Saya tidak pernah kenal dia.

“Mungkin saya pelupa sebab pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali tetapi yang pasti, memang tidak kenal dan tidak tahu siapa dia,” katanya penuh sinikal kepada Kosmo! Online di sini, semalam.

Dalam pada itu, dia juga berkali-kali menegaskan tidak mengenali aktres tersebut selain menunjukkan dirinya telah disekat (block) oleh Nad dalam Instagram.

“Siapa nama dia tadi, Nad Zainal? Tak kenal.

“Kalau saya kawan dia, dalam Instagram pasti ada. Saya kena block padahal tidak kenal pun.

“Seperti kes Masya Masyitah yang saya jujur tak kenal dan sama juga dengan isu ini. Maaf sangat betul-betul tak tahu mengenai dia,” ujarnya.

Terdahulu, Nabila atau nama penuhnya Nabila Huda Suhaimi menuai perhatian ramai apabila meninggalkan komen menyatakan tidak mengenali Nad dalam sebuah hantaran Instagram memaparkan temu bual isteri Ungku Ismail itu bersama pihak media.

Dalam temu bual tersebut, Nad memberitahu enggan mengambil kisah dan mengusutkan pemikirannya dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.

Fokusnya pada ketika ini ialah untuk suami dan anak-anak termasuk bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Spekulasi bermasam muka itu mula bertebaran selepas Nad pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Selain Nabila, antara nama rakan selebriti lain yang terkait dalam isu ini ialah Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI