fbpx

Disangka hantu rupanya nenek di atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian wanita tersebut.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila melihat kelibat misteri di tengah jalan yang disangka hantu rupa-rupanya wanita warga emas dipercayai nyanyuk yang ‘terlepas’ dari rumah orang tua.

Perkara tersebut dikongsi seorang wanita di TikTok yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya berhampiran bandar Taiping, Perak.

“Pukul 3 pagi, tiba-tiba nampak sesuatu yang mencurigakan, aku ingatkan hantu tak ada kepala. Tarik nafas panjang sekejap, pastu aku perasan makcik ni. Aku berhenti tanya nak ke mana, rumah kat mana.

“Aku nak hantar balik sebab memang tak ada siapa kat jalan waktu macam ini. Risau juga kalau ada anjing liar atau kereta laju tak perasan kan, Tetapi mak cik tak dapat jawab dengan jelas mungkin sebab nyanyuk,” katanya.

Difahamkan warga emas tersebut telah melarikan diri dari sebuah rumah penjagaan orang-orang tua di kawasan berhampiran.

“Aku perasan ada rumah orang-orang tua dekat kawasan situ, lepas pergi sana terkejut penjaga mak cik itu sebab pintu berkunci, macam mana boleh terlepas. Penjaga pun dah ambil, mak cik dah selamat sekarang,” ujarnya.

Tindakan berani wanita tersebut yang sanggup turun dan menyelamatkan warga emas meraih pujian dalam kalangan pengguna media sosial.

“Alhamdulilah, Allah temukan mak cik dengan insan baik berhati mulia. Tiba-tiba teringat arwah ibuku, terima kasih dik,” tulis Paksu.

Dalam pada itu, ada juga menitipkan pesan supaya lebih berhati-hati dengan mendapatkan bantuan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.

“Bahaya betul, lain kali telefon polis. Kita kena berhati-hati dalam niat membantu. Dunia sekarang nak buat baik kadang-kadang kita terjerat,” kata seorang pengguna.

“Lain kali telefon polis, walaupun niat baik pun kena ada orang teman. Pastu jangan mudah sedih tengok situasi begini, kadang-kadang kes nyanyuk tetapi mereka kata anak buang,” pesan Scha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI