fbpx

Lupa tutup api gas masak air gula, kedai makan hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAI menjual makanan dan minuman termasuk sup kambing hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Parit Mesjid, Bandar Pontian, awal pagi hari ini.

PONTIAN – Gara-gara terlupa memadamkan api dan meninggalkan air gula yang dimasak di atas dapur menyebabkan sebuah kedai menjual makanan hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Parit Mesjid, di sini, awal pagi hari ini.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Mahadir Mamat, pihaknya menerima panggilan telefon kecemasan 4.49 pagi sebelum mengejarkan anggota dan jentera ke lokasi kejadian.

Katanya, 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Alsagoff bersama dua jentera, sebuah EMRS dan sebuah Water Tanker Bomb membantu operasi memadamkan api.

“Sewaktu Pasukan Keluar Operasi tiba ke lokasi kejadian, api sedang marak membakar rumah kedai separuh kekal yang tiada penghuni di dalamnya.

“Nasib baik dua-dua balai bomba terletak berhampiran rumah kedai tersebut yang bersebelahan dengan kedai garah kereta dan sebuah rumah dua tingkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mahadir, kebakaran merebak cepat kerana struktur binaan kedai tersebut merupakan bangunan sementara dan separuh kekal.

“Ketika kejadian tiada penghuni di dalamnya kerana mereka telah balik ke rumah masing-masing selepas menutup perniagaan kira-kira pukul 12 malam,” ujarnya.

Katanya, operasi memadamkan kebakaran sepenuhnya berakhir pada pukul 6.25 pagi.

Jelas beliau, punca kejadian sedang dalam siasatan dan sepasukan anggota forensik kebakaran akan tiba pada pagi ini bagi menjalankan pemeriksaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI