fbpx

Genap setahun di sebalik tirai besi, bertemankan tikar sejadah – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Genap setahun Najib menjalani kehidupan kehidupan di sebalik tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara pada 23 Ogos tahun lalu. - Foto Facebook Najib

PETALING JAYA – Genap setahun hari ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani kehidupan di sebalik tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun pada 23 Ogos, tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya, satu puisi dimuat naik bagi menggambarkan kehidupan yang dijalani beliau di penjara.

Hantaran tersebut memberikan bayangan bahawa Perdana Menteri keenam itu banyak menghabiskan masa dengan mengerjakan ibadah meskipun sentiasa berasa keseorangan.

“365 hari telah berlalu pergi di sebalik tirai besi, beralaskan dinginnya lantai simen.

“Tikar sejadah menjadi teman sujud, mengerjakan solat lima waktu, merayu belas kasihan-Nya meringankan ujian beban, mendoakan ketenangan, kebebasan derita.

“Di subuh, menanti sinar mentari pagi, menembusi jendela tirai besi. Di waktu senja bertukar malam, hening dan sunyi. Mengalunkan al-Quran, berzikir dengan hati.

“Keseorangan, walaupun tahu Allah sentiasa ada. Tidak akan pernah meninggalkan hamba-Nya,” katanya.

Terdahulu, Najib, 70, yang juga Perdana Menteri keenam didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ketika ini, Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Sementara, dua lagi kes berkaitan pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI