fbpx

Enrolmen prasekolah hingga menengah meningkat, elak keciciran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Kadar enrolmen murid daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas mencatatkan peningkatan positif dan memberangsangkan di seluruh negara.

Berdasarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kadar akses itu antaranya meningkat sehingga mencecah 98.3 peratus meliputi empat peringkat murid iaitu menengah atas, menengah rendah, rendah dan prasekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, data bagi peringkat usia empat dan lima tahun ke atas turut menunjukkan peningkatan enrolmen berbanding tahun 2021.

Selain itu, katanya, isu keciciran murid terus diberikan penekanan tahun lalu bagi memastikan semua anak Malaysia tidak ketinggalan dan mendapat kesaksamaan dalam pendidikan.

“KPM akan terus melakukan intervensi supaya murid terutama di kawasan pedalaman kekal bersekolah sehingga tamat tingkatan lima.

“Sekolah Model Khas Komprehensif juga antara inisiatif menangani isu keciciran murid yang diharap mencapai sasaran sifar pada satu masa nanti,” katanya selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 PPPM itu Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, hari ini.

Tambah Fadhlina, KPM turut prihatin memastikan peluang pendidikan berkualiti bagi semua murid tanpa mengira tahap kebolehupayaan, latar belakang sosioekoni dan jantina.

“Dalam tempoh lapan bulan menjadi menteri, saya sudah menyelusuri seluruh negara bagi memastikan tiada anak-anak keciciran dalam pendidikan yang perlu terus diutamakan.

“Banyak lagi kelemahan boleh diperbaiki tetapi ia bukan boleh dilakukan semalaman dengan ‘tongkat ajaib’ bagi membina kejayaan yang lebih baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI