fbpx

PRK DUN Pelangai: SPR adakan mesyuarat khas 24 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPR-Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 24 Ogos depan bagi membincangkan beberapa tarikh penting dalam melaksanakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh di mana tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih serta persiapan lain akan dibincangkan.

“SPR merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari Harun atas kembalinya ke rahmatullah pada 17 Ogos 2023 (Khamis). Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang.

“Susulan itu, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri Pelangai,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Menurut SPR, selaras Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, telah memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N36 perlu diisi dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan tersebut.

Sebelum ini, Mohd. Sharkar mengesahkan Allahyarham Johari antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian dekat Persiaran Elmina, Shah Alam.

Allahyarham Johari telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Gombak semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI