fbpx

Ingatkan Salim, rupanya Salimah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan suami yang sanggup bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang juga seorang agen insurans.

Menurut sebuah video tular di laman TikTok, kecurangan itu terbongkar apabila wanita tersebut membaca mesej WhatsApp dalam telefon bimbit suaminya.

“Saya seorang guru sekolah swasta, suami pula bekerja di sebuah pejabat kerajaan. Kami ada seorang anak berusia tujuh tahun. Saya nak tanya, normalkah seorang agen insurans ajak pelanggan pergi tengok wayang, katanya hendak bincang tentang insurans?

“Saya pun sudah mula pelik dengan perangai suami. Pagi, petang, siang, malam melekat dengan telefon. Masuk tandas pun bawa telefon. Saya mula rasa tidak sedap hati. Apabila dia (suami) terlupa bawa telefon masuk tandas, saya cuba periksa apa yang dia cuba sembunyikan daripada saya,” katanya.

Selepas memeriksa telefon suami, wanita tersebut mendapati suaminya selalu berhubung dengan seorang jejaka bernama Salim. Tetapi, apabila disiasat lebih lanjut, rupanya Salim sebenarnya adalah seorang wanita!

“Waktu itu, terbongkarlah segala rahsia mengenai kecurangan suami. Saya terus tanya dia (suami), ini Salim ke Salimah? Katanya, itu adalah kawannya, seorang agen insurans.

“Apabila saya tanya lelaki atau perempuan, suami jawab perempuan. Saya kecewa suami sanggup tipu saya dan menyimpan nama wanita tersebut sebagai Salim semata-mata kerana ingin mengaburi mata saya,” katanya.

Menurut video tular sama, suaminya juga sudah berulang kali mengajak wanita tersebut keluar berjanji temu. Kini, wanita tersebut sudah membawa anak-anaknya berpindah ke rumah ibu bapanya.

“Suruhlah si Salim tu masak, gosok baju, beranak, jaga dia semasa sakit. Saya rasa sedih sangat, sampai hati suami sanggup menduakan saya. Sekarang dia (suami) selalu pujuk saya, tetapi saya berdegil.

“Rumah yang dia duduk pun nama saya. Kalau dia nak sangat ikut Salim, dia boleh pergi,” katanya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 4,686 tanda suka dan 683 komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di laman TikTok cuba untuk menenangkan wanita tersebut dan berkongsi kata-kata semangat.

“Bagus kak, sebab itulah kita sebagai perempuan kena kuat. Kita kena ada duit sendiri. Kalau suami buat hal, kita tinggalkan sahaja,” kata seorang pengguna.

“Puas hati saya baca cerita akak ni, sebab akak kuat dan berani,” kata Amry. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI