fbpx

Konvoi Madani Ride PDRM tamat di Shah Alam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani (duduk, kiri) bersama Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin di Juru Autocity, Seberang Perai, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/Kosmo!

SEBERANG PERAI – Konvoi Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan peringatan Hari Polis ke-216 meneruskan perjalanan konvoi dengan menjelajah ke Ipoh, Perak.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, konvoi yang turut disertai Ipoh Super Bike Club (ISBC) pada 16 Ogos lalu akan berakhir di Shah Alam.

Katanya, majlis penutup akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Semalam, pasukan konvoi memasuki Thailand dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada Polis Diraja Thailand (RTP) dan pagi ini, kami menyambung perjalanan dari Danok ke Kedah.

“Sepanjang perjalanan, kami akan singgah untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan kebajikan di setiap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri yang dilawati.

“Sekurang-kurangnya 10 individu yang terdiri daripada pegawai, anggota yang berdepan masalah kesihatan, anak yatim, asnaf akan menerima sumbangan di setiap IPK yang disinggahi,” katanya kepada pemberita selepas tiba bersama pasukan konvoi di pusat jualan Harley Davidson, di Juru Autocity di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, program konvoi itu akan diteruskan susulan sambutan yang diterima amat memberangsangkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI