fbpx

Kaya sangat ke Masya Mashitah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA hidup mewah Masya Mashitah kini dipersoalkan netizen.

DIVA bukan nak bersangka buruk, jauh sekali cemburu namun sempat jugalah tertanya-tanya juga, kaya sangat ke Masya Mashitah?

Selalu tengok dia ke hulur, ke hilir ‘travel’ ke luar negara. Hari ini ada di Malaysia, esok lusa tiba-tiba dah ada di luar negara.

Macam perkongsian terbaharu Masya dalam Instagram miliknya. Siap naik kapal terbang ‘First Class’ ketika dalam perjalanan ke Dubai.

Rupa-rupanya bukan Diva seorang sahaja yang tertanya-tanya, ramai juga netizen yang terfikir seperti apa yang Diva fikirkan.

“Tiba-tiba kaya melampau,” ujar seorang netizen.

“Makin riak pula kau,” tulis seorang pengguna Instagram yang lain.

“Jadi artis sendu, tapi boleh pergi merata sana sini. Nak tanya ada orang bela ke?” perli seorang lagi netizen.

Tapi daripada apa yang Diva dengar, Masya memang lahir dalam keluarga yang kaya. Jadi tidak mustahil kehidupan dia sangat ‘berkelas’.

Apa-apa pun, itu rezeki dia. Mungkin Masya tidak jadi penyanyi berjaya, tapi dia berjaya sebagai seorang pensohor media sosial.

Zaman sekarangkan jadi pempengaruh pun sudah boleh buat duit juta-juta. Jadi apa nak dihairankan?

DIVA: Tahniah buat penyanyi Ayu Damit sebab hamil lagi selepas lapan tahun tidak timang bayi.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI