fbpx

Nahas Elmina: Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz dituntut keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van JAIS membawa jenazah Muhamad Hafiz keluar daripada Jabatan Forensik HTAR hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

KLANG – Jenazah mangsa nahas pesawat ringan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, dituntut waris dan ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi ini.

Penghantar makanan itu merupakan jenazah pertama yang sah dikenal pasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Jenazah anak sulung daripada lima beradik itu dituntut bapa, Muhamad Salleh Othman, 57, dan ibunya, Jamilah Ismail, 53, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Penyerahan itu dibuat selepas sidang akhbar Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan identiti dan kebenaran tuntutan jenazah Allahyarham.

Menurut Hussein, jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sungai Petani, Kedah atas permintaan keluarganya.

“Jenazah akan dimandi dan dikapankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan HTAR sebelum dihantar ke Sungai Petani,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Saleh berkata, jenazah anaknya akan dibawa ke Masjid Al Huda Kampung Jerong Sungai Petani Kedah untuk disembahnyangkan sebelum dikebumikan.

“Saya mengetahui jenazah boleh dituntut selepas menerima panggilan daripada anggota polis pada 12 tengah malam tadi. Urusan tuntutan mayat dapat diselesaikan pada pukul 3 pagi tadi dan kami jangka urusan pengebumian akan diselesaikan pada hari ini,” katanya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI