fbpx

[VIDEO] Nahas Elmina: Dua pegawai urus satu mayat mudahkan pengecaman, DNA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waris yang hadir bagi proses pengecaman mayat di unit forensik HTAR.

KLANG – Dua pegawai termasuk pegawai perubatan dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), akan ditugaskan bagi setiap mayat nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1).

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, kaedah itu digunakan bagi memudahkan proses pengecaman dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Katanya, HTAR telah menerima sebanyak 10 mayat secara berperingkat dan berakhir pukul 1.22 pagi tadi.

“Untuk melancarkan proses pengecaman dan DNA, setiap mayat yang diterima ditugaskan kepada seorang pegawai penyiasat polis dan pegawai perubatan dari Jabatan Perubatan Forensik HTAR, untuk proses bedah siasat yang selanjutnya.

“Setelah keputusan DNA dan proses bedah siasat selesai dilaksanakan, mayat akan diserahkan kepada waris untuk tindakan pengebumian,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Beliau menjelaskan, semua keluarga waris yang hadir di HTAR dikumpulkan di Auditorium, Kompleks Rawatan Harian.

“Perkhidmatan Psikologi First Aid juga disediakan bagi membantu waris-waris yang memerlukan perkhidmatan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI