fbpx
Sebahagian daripada ahli Pengilang bergambar bersama di depan reruai Infexpo di Jordan baru-baru ini.

Pengilang bawa produk makanan, teknologi di Infexpo 2023 di Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ekspo Makanan dan Teknologi Amman Jordan 2023 (Infexpo 2023) yang disertai Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (Pengilang) te­lah merekod kejayaan luar biasa melalui komitmen ahli-ahlinya mempamerkan pelbagai barangan makanan dan teknologi di negara tersebut.

Ini adalah antara inisiatif persatuan tersebut untuk mengetengahkan produk makanan tempatan yang telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di pasaran antarabangsa.

Presiden Pengilang, Datuk Dr. Azman Yusoff berkata, potensi jualan yang dicatat daripada ­ekspo yang disertai oleh 11 syarikat tempatan itu adalah kira-kira RM10 juta.

“Sambutan yang membanggakan terhadap barangan Malaysia, terutamanya produk kopi dan teh campuran dan produk sedia dimakan telah menunjukkan bahawa produk keluaran tempatan berkualiti serta memiliki daya saing untuk ditawarkan di pasaran antarabangsa.

“Keunikan dan cita rasa yang tersendiri telah memikat hati para pengunjung sekali gus menarik minat mereka untuk me­neroka lebih lanjut produk-produk tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Reruai Pengilang di Infexpo turut dikunjungi oleh para pembeli dan potensi pelabur dari Iraq, Mesir, Arab Saudi, dan Sy­ria.

Selain itu, tambah Azman, kerjasama erat yang terjalin antara di Kedutaan Malaysia di Jordan dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan pemasaran digital kepada syarikat pengimport dan pengedar di Jordan serta negara-negara di sekelilingnya.

“Langkah ini telah membuka lebih banyak peluang dalam pengembangan jaringan perniagaan dan meningkatkan kesedaran mengenai produk Malaysia,” jelasnya.

Bersempena Infexpo, lima memorandum persefahaman (MoU) perdagangan telah dime­terai antara ahli Pengilang iaitu HA One Holdings dengan syarikat dari Jordan, Iraq, Mesir dan Pa­lestin. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN