fbpx

Anggota perkhidmatan awam sedia beri kerjasama prosiding PAC – Mohd. Zuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki

PUTRAJAYA – Setiap anggota perkhidmatan awam dipanggil untuk ke prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bersedia memberi kerjasama bagi maksud keterangan, penjelasan atau apa-apa maklumat yang diperlukan bagi prosiding tersebut.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ia selaras dengan Peraturan 77(5) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, PAC sememangnya mempunyai kuasa memanggil mana-mana individu untuk hadir di hadapannya atau meminta individu itu mengemukakan apa-apa surat, rekod atau penyata kepada PAC dari semasa ke semasa.

“Kegagalan mana-mana individu termasuk pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau telah bersara mematuhi perintah PAC tersebut boleh terjumlah sebagai suatu kesalahan di bawah Seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) kerana menghina Majlis Parlimen,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, dalam memberikan keterangan di prosiding PAC, mana-mana individu termasuk pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau bersara adalah tertakluk kepada undang-undang sedang berkuat kuasa.

“Ia termasuklah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), Akta Keterangan 1950 (Akta 56) dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), serta tidak melibatkan perkara-perkara yang sedang dalam prosiding mahkamah,” ujarnya.

Tambahnya, bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat, suatu garis panduan bertajuk ‘Memberi Keterangan Kepada Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat: Garis Panduan Untuk Pegawai Awam’ telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu.

Mohd. Zuki berkata, garis panduan itu adalah bagi memberi penjelasan dan panduan dalam memberi keterangan di hadapan mana-mana jawatankuasa pilihan dalam Dewan Rakyat termasuk PAC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI