fbpx

Konvoi Merdeka Perpaduan jelajah tiga buah sekolah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Normaizatulakhmal ( tujuh kiri barisan kedua hadapan) bersama Norita (sembilan kiri barisan dua hadapan) mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis tersebut.

SHAH ALAM – Konvoi Merdeka Perpaduan akan menjelajah tiga buah sekolah sekitar Selangor bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan murid dan pelajar sekolah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor, Normaizatulakhmal Tujad berkata, tiga buah sekolah melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Anggerik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ).

Katanya, program itu adalah kesinambungan daripada program Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Ipoh, Perak pada 16 Julai lalu.

“Untuk Selangor, KMJG telah diadakan pada 2 hingga 4 Ogos yang lalu di lima buah daerah di Selangor, iaitu Kuala Langat, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Gombak. Dengan pemberian Jalur Gemilang di lapan lokasi di kesemua daerah ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Konvoi Merdeka Perpaduan di Bangunan Darul Ehsan, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (MBI) menyumbangkan
sebanyak RM50,000 kepada tiga buah sekolah bagi membaiki kerosakan infrastruktur selain jalur gemilang.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd. Sidek berkata, ini adalah salah satu cara syarikat untuk mempromosikan Hari Kebangsaan di kalangan rakyat Selangor agar menyemai rasa cinta mereka terhadap negara.

“Konvoi ini disertai oleh lebih 20 penyewa premis termasuk beberapa agensi seperti JAPEN, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor, Jabatan Landskap Negara dan lain-lain lagi di dalam Bangunan Darul Ehsan.

“Ini adalah sambutan kemerdekaan terbesar bagi kami, bersempena dengan ulangtahun ke-29 MBI Selangor pada tahun ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI