fbpx

Siasatan lengkap, 7 remaja gaduh berebut ‘awek’ dibebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUJUH pelajar sekolah yang direman dua hari bermula semalam akibat memukul seorang pelajar lelaki dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

JOHOR BAHRU – Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes sekumpulan remaja bergaduh kerana berebutkan seorang ‘awek’ seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kertas siasatan juga akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut, hari ini.

“Siasatan selesai dan mereka dibebaskan dengan jamin. Tindakan seterusnya (serah kertas siasatan ke pejabat pendakwa raya) akan diambil hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi pemberita.

Semalam, Raub memaklumkan kesemua tujuh remaja lelaki termasuk seorang warganegara asing dikenakan tahanan reman selama dua hari untuk membantu siasatan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 14 hingga 17 tahun, manakala punca pergaduhan dipercayai kerana perebutan seorang remaja perempuan.

“Polis menerima laporan mangsa yang berusia 15 tahun pada pukul 4.09 petang kelmarin mengatakan dia ditendang, dipijak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian badan, perut, tangan dan peha oleh tujuh remaja lain.

“Pengadu memaklumkan kejadian itu berlaku pada pukul 3 petang, 9 Ogos lalu. Akibat kejadian berkenaan, dia mengalami kecederaan lebam, bengkak dan sakit di beberapa bahagian tubuh badannya.

“Sehubungan itu, sepasukan polis telah membuat enam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan berjaya menahan kesemua tujuh suspek, termasuk seorang remaja warga asing,” jelasnya lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI