fbpx

Jangan risau, saya akan letak jawatan – Luqman Long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman Long.

PETALING JAYA – Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long menegaskan beliau akan mengotakan janji untuk meletak jawatan selepas kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Luqman berkata, peletakan jawatannya itu akan diusulkan beliau pada sesi mesyuarat Muda akan datang.

“Baru selesai dengan urusan pasca PRN di Terengganu. Kita akan teruskan membina batu asas di Pantai Timur. Ada yang tanya, bila nak letak jawatan? Jangan risau. Saya akan kotakan janji, cuma harus teratur,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Luqman sebelum ini berjanji akan meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan Muda sekiranya hilang deposit pada PRN ke-15.

Pada 12 Ogos lalu, percubaan Luqman untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar gagal pada pertembungan tiga penjuru di DUN tersebut apabila hanya memperoleh 372 undi.

DUN Bandar kekal milik Pas menerusi penyandang, Ahmad Shah Mohamed yang turut menewaskan calon Barisan Nasional, Armi Irzan Mohd. dengan majoriti sebanyak 2,364 undi.

Justeru, Luqman berkata, beliau tetap bersama Muda selepas melepaskan jawatannya itu dan menjadi ahli biasa.

“Saya tetap bersama Muda. Jadi ahli biasa pun boleh berkhidmat. Jatuh bangun parti, saya akan ada,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI