fbpx

Ahmad Samsuri mula tugas MB Terengganu penggal kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (dua dari kanan) bersalaman dengan sebahagian kakitangan Pejabat Menteri Besar Terengganu sewaktu memulakan tugas buat penggal kedua di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memulakan tugas beliau sebagai Menteri Besar Terengganu secara rasmi hari ini selepas mengangkat sumpah jawatan pada petang semalam.

Beliau mengimbas cap ibu jari pada mesin perakam waktu pada pukul 9.07 pagi sebagai tanda melaporkan diri masuk bekerja di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sinim

Naib Presiden Pas itu yang kelihatan ceria turut meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan Pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.

Semalam, Ahmad Samsuri mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan jawatan Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah Chendering di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu memulakan tugas pertamanya dengan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri bersama 10 barisan Exco yang turut dilantik semalam.

Ahmad Samsuri dilantik semula ke jawatan itu selepas Perikatan Nasional (PN) melakar rekod cemerlang menyapu bersih kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri PRN, Sabtu lalu.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang untuk penggal kedua menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,295 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI