fbpx

Wanita tanpa segan ‘buang air’ guna tandas pameran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita melepaskan ‘hajatnya’ di atas sampel mangkuk tandas di Shanxi baru-baru ini. - MSN

BEIJING – Seorang wanita di China tanpa segan silu menggunakan sampel  tandas duduk yang dipamerkan untuk ‘melepaskan hajatnya’  di luar sebuah kedai di wilayah Shanxi, utara China baru-baru ini, lapor portal berita MSN.

Tidak diketahui sama ada dia membuang air kecil atau besar menggunakan tandas tersebut. Rakaman sistem televisyen litar tertutup menunjukkan pelaku menanggalkan seluarnya dan  hampir duduk di atas mangkuk tandas tersebut.

Selepas melepaskan hajat, dia menarik semula seluarnya ke atas pinggang dan segera menutup tudung mangkuk tandas tersebut. Wanita itu kemudian beredar seolah-olah  tiada apa-apa berlaku.

Rakaman video wanita tersebut dimuat naik di laman perkongsian video tempatan, Douyin pada Sabtu lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI