fbpx

Remaja lelaki dituduh bunuh abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja dituduh membunuh abangnya di Mahkamah Majistret Kulim, hari ini.

KULIM – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh abangnya pada 7 Ogos lalu.

Tertuduh mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret B. Pracha Nanthini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh abangnya, A. Yuvanraj, 21, dengan cara menikam tepat pada jantung mangsa di sebuah rumah di Taman Mahkota, di sini kira-kira pukul 10.10 pagi, 7 Ogos lalu.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan diberikan kepada tertuduh dan kes akan disebut semula pada 26 September depan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia, Inspektor Mohamad Syafiq Safie sementara tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Kiren Ram.

Sementara itu, di mahkamah sama, abang tertuduh, A. Sri Tharan Arasu, 26  mengaku bersalah atas pertuduhan membuat laporan palsu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Majistret, Pracha Nanthini kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,500 ke atas tertuduh dan difahamkan dia membayar denda tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI